Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210424

Published: 24 Apr 2021 10.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 64,280 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210424
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:18 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 64,280 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,430 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,746 anggota telah membuat pemantauan di 5,225 buah restoran, pasar raya (4,264), bank (4,350), penjaja (4,289), pasar awam / tani (2,140), kilang (2,294) dan pejabat kerajaan (993).

Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,677), tempat riadah (1,726), terminal pengangkutan darat (1,262), terminal pengangkutan air (301) dan terminal pengangkutan udara (100).

Semalam, seramai 269 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, 250 individu dikompaun manakala 16 direman dan tiga (3) direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Aktiviti pusat hiburan (74)
- Individu gagal mendaftar masuk premis (84)
- Tidak memakai pelitup muka (45)
- Lain-lain (66)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (24 April 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

ArticlePublished 24 Apr 2021 10.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM