Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210420

Published: 20 Apr 2021 10.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Seramai 3,571 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,853 anggota telah membuat pemantauan di 4,477 pasaraya, restoran (5,165), kilang (2,824), bank (4,141), pejabat kerajaan (1,206) dan penjaja (4,081).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210420
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:28 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 63,397 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,571 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,853 anggota telah membuat pemantauan di 4,477 pasaraya, restoran (5,165), kilang (2,824), bank (4,141), pejabat kerajaan (1,206) dan penjaja (4,081).

Turut dipantau ialah pasar awam / tani (1,821), tempat ibadah (3,370), tempat riadah (1,376), terminal pengangkutan darat (1,798), terminal pengangkutan air (323) dan terminal pengangkutan udara (111).

Semalam, 110 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 108 individu dikenakan kompaun manakala dua (2) lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:

- Tidak memakai pelitup muka (34)
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (32)
- Tiada penjarakan fizikal (17)
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran (1)
- Lain-lain (26)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (20 April 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

ArticlePublished 20 Apr 2021 10.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM