Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Diterbitkan: 14 Apr 2021 4.00 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 68,127 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210414
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:51 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 68,127 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,605 Pasukan Pematuhan melibatkan 16,421 anggota telah membuat pemantauan di 4,228 pasaraya, restoran (5,127), kilang (2,199), bank (3,699), pejabat kerajaan (1,083) dan penjaja (3,816).

Turut dipantau ialah pasar awam/tani (2,301), tempat ibadah (3,287), tempat riadah (1,569), terminal pengangkutan darat (1,804), terminal pengangkutan air (288) dan terminal pengangkutan udara (114).

Semalam, 55 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 54 dikompaun manakala seorang lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (17)
- Tiada penjarakan fizikal (17)
- Tidak memakai pelitup muka (12)
- Lain-lain (9).

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (15 April 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Se
ArtikelDiterbitkan 14 Apr 2021 4.00 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM