
Artikel
#PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 61,080 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 61,080 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,543 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,114 anggota telah membuat pemantauan di 4,561 pasaraya, restoran (5,422), kilang (2,284), bank (4,003), pejabat kerajaan (1,009) dan penjaja (2,647).
Turut dipantau ialah pasar awam/tani (1,644), tempat ibadah (3,271), tempat riadah (1,783), terminal pengangkutan darat (1,749), terminal pengangkutan air (400) dan terminal pengangkutan udara (138).
Semalam, 73 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 64 dikompaun manakala sembilan (9) lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Tidak memakai pelitup muka (21)
- Gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (14)
- Aktiviti pusat hiburan (13)
- Tiada penjarakan fizikal (6)
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (4)
- Lain-lain (15)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (13 April 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN