Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Diterbitkan: 21 Mar 2021 10.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 67,520 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210321
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:21 MYT

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 67,520 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebanyak 3,594 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 16,017 anggota telah membuat pemantauan di 4,773 pasar raya, 6,190 restoran, 2,870 penjaja, 1,979 kilang, 3,954 bank dan 685 pejabat kerajaan. Turut dipantau, sebanyak 1,545 terminal pengangkutan darat, 393 terminal pengangkutan air serta 143 terminal pengangkutan udara.

Semalam, seramai 100 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 97 telah dikenakan kompaun dan tiga (3) direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

- Gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (48)
- Gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (27)
- Aktiviti pusat hiburan (12)
- Tidak memakai pelitup muka (11)
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (2)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (21 Mac 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#21032021

May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Se
ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2021 10.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM