
Artikel
#PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 69,500 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan P...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 69,500 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,799 Pasukan Pematuhan melibatkan 16,304 anggota telah membuat pemantauan di 6,137 buah restoran, pasar raya (4,595), bank (2,782), penjaja (4,055), pasar awam/tani (105), kilang (2,397) dan pejabat kerajaan (1,001).
Turut dipantau ialah tempat ibadah (209), tempat riadah (18,976), terminal pengangkutan darat (3,340), terminal pengangkutan air (1,772) dan terminal pengangkutan udara (1,175).
Semalam, seramai 52 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 36 dikompaun manakala 16 lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Tidak memakai pelitup muka (11)
- Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (3)
- Tiada penjarakan fizikal (12)
- Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (12)
- Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (11)
- Aktiviti Perjudian (3)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (19 Mac 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#19032021