
Artikel
#PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 66,603 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan P...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 66,603 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,702 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,628 anggota telah membuat pemantauan di 6,120 buah restoran, pasar raya (4,588), bank (2,909), penjaja (3,981), pasar awam/tani (152), kilang (2,385) dan pejabat kerajaan (1,120).
Semalam, seramai 58 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 54 dikompaun manakala 4 direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Aktiviti pusat hiburan (39)
- Gagal menyediakan peralatan / merekod butiran diri / pelanggan (11)
- Tidak memakai pelitup muka (4)
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (3)
- Lain-lain (1)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (18 Mac 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN