Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210316

Published: 16 Mar 2021 10.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Semalam, sebanyak 3,343 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada 15,069 anggota telah melakukan 67,598 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210316
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:46 MYT
Semalam, sebanyak 3,343 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada 15,069 anggota telah melakukan 67,598 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP di seluruh negara.

Sebanyak 6,180 restoran, 4,655 pasar raya, 2,626 bank, 183 tempat ibadah, 4,230 penjaja, 2,339 kilang, 104 pasar awam/tani, 17,549 tempat riadah dan 991 pejabat kerajaan telah diperiksa.

Semalam, PDRM juga telah menahan 134 individu atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 127 telah dikompaun manakala tujuh (7) direman.
Antara kesalahan ingkar SOP adalah:
- Gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (36)
- Tidak memakai pelitup muka (31)
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (26)
- Tiada penjarakan fizikal (20)
- Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (17)
- Lain-lain (4).

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (16 Mac 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
ArticlePublished 16 Mar 2021 10.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM