
Article
Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210311
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 70,009 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan P...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 70,009 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,623 Pasukan Pematuhan melibatkan 16,195 anggota telah membuat pemantauan di 6,055 buah restoran, pasar raya (4,706), bank (2,960), penjaja (4,340), pasar awam/tani (128), kilang (2,453) dan pejabat kerajaan (1,090).
Turut dipantau ialah tempat ibadah (233), tempat riadah (18,660), terminal pengangkutan darat (3,424), terminal pengangkutan air (1,784) dan terminal pengangkutan udara (1,155).
Semalam, seramai 242 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 240 dikompaun manakala dua (2) lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (88)
- Tidak memakai pelitup muka (66)
- Tiada penjarakan fizikal (46)
- Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (33)
- Aktiviti Pusat Hiburan (6)
- Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (2)
- Ingkar arahan PKPD (1)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (11 Mac 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN