
Article
Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210310
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 69,230 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan P...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 69,230 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,922 Pasukan Pematuhan melibatkan 16,643 anggota telah membuat pemantauan di 6,318 buah restoran, pasar raya (4,617), bank (2,703), penjaja (4,133), pasar awam/tani (156), kilang (2,148) dan pejabat kerajaan (1,217).
Turut dipantau ialah tempat ibadah (211), tempat riadah (17,012), terminal pengangkutan darat (3,469), terminal pengangkutan air (1,772) dan terminal pengangkutan udara (1,885).
Semalam, seramai 451 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 393 dikompaun manakala 58 lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (129)
- Aktiviti Pusat Hiburan (82)
- Tiada penjarakan fizikal (79)
- Aktiviti Pelacuran (75)
- Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (28)
- Tidak memakai pelitup muka (49)
- Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (9)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (10 Mac 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#10032021