Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm

Diterbitkan: 09 Mar 2021 10.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Semalam, sebanyak 3,529 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada 15,655 anggota telah melakukan 63,566 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP di seluruh negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:23 MYT
Semalam, sebanyak 3,529 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada 15,655 anggota telah melakukan 63,566 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP di seluruh negara.

Sebanyak 5,763 restoran, 4,434 pasar raya, 2,436 bank, 335 tempat ibadah, 3,940 penjaja, 2,366 kilang, 160 pasar awam/tani, 16,456 tempat riadah dan 1,096 pejabat kerajaan telah diperiksa.

Semalam, PDRM telah menahan 269 individu atas kesalahan ingkar SOP.
Daripada jumlah itu, 251 telah dikompaun dan 18 individu direman. Antara kesalahan ingkar SOP termasuk:

- Gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (85)
- Tiada penjarakan fizikal (66)
- Tidak memakai pelitup muka (65)
- Rentas negeri tanpa kebenaran (24)
- Aktiviti pusat hiburan (14)
- Lain-lain (15)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (9 Mac 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
ArtikelDiterbitkan 09 Mar 2021 10.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM