Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Kpn Arah Semua Ketua Polis Daerah Teliti Jaga Kebajikan Anggota

Diterbitkan: 28 Mar 2021 7.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 Mac 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador mengarahkan semua Ketua Polis Daerah di seluruh negara agar menjaga kebajikan serta meneliti secara dekat sebarang permasalahan dihadapi anggota mereka agar ia dapat ditangani lebih awal.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-posting-pilihan-kpn-arah-semua-ketua-polis-daerah-teliti-jaga-kebajikan-anggota
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:18 MYT

Kuala Lumpur, 28 Mac 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador mengarahkan semua Ketua Polis Daerah di seluruh negara agar menjaga kebajikan serta meneliti secara dekat sebarang permasalahan dihadapi anggota mereka agar ia dapat ditangani lebih awal.

Beliau berkata sekiranya ada anggota dikesan mempunyai masalah, mereka harus diberikan khidmat kaunseling atau bantuan awal bagi mencegah kejadian tidak diingini berlaku.

Mengambil iktibar kejadian seorang anggota polis berpangkat koperal dipercayai menembak mati anaknya berusia tujuh tahun sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian di Jalan Widuri 1, Taman Sentosa Jaya, Seremban, Rabu lalu, Tan Sri Abdul Hamid berkata beliau kecewa kerana pihaknya tidak dapat mengesan awal keadaan psikologinya.

“Saya berasa amat kecewa kerana kami tidak dapat mengesan keadaan psikologi anggota polis (detektif) itu. Ini bukanlah pertama kali kes ini berlaku, sebelum ini ada satu kes di Perak, seorang ibu mengunci diri bersama anak-anaknya dan membakar biliknya dalam kuarters polis.

“Selain itu, sewaktu awal Perintah Kawalan Pergerakan ada anggota saya menembak dirinya di sekatan jalan raya kerana dia dikatakan mendengar suara halus menyuruhnya berbuat demikian,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1946321

Sumber: Abdul Hamid Bador dan BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 28 Mar 2021 7.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM