Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Bangga Anggota Pga Tak Pernah Gentar
Padang Besar, 24 Mac 2021 - Kehilangan rakan sepasukan yang terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan penyeludup di sempadan negara pada November tahun lalu, tidak menggugat semangat Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang kembali ditugaskan di kawasan itu.
Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Rosman Kasman berkata, sekali pun kejadian itu meninggalkan kesan kepada anggotanya, mereka tetap bersemangat meneruskan tugas dan langsung tidak menunjukkan rasa takut.
"Saya bangga dengan keberanian dan semangat tidak gentar anggota saya, langsung tidak ada rasa fobia," katanya ketika ditemui Bernama di Pos TS9 di sini, yang juga lokasi insiden yang mengorbankan Sarjan Baharuddin Ramli.
Menurutnya, walaupun pasukan itu kehilangan antara anggota terbaik, tempat mendiang digantikan anak didiknya sendiri yang berikrar mencontohi semangat juang Sarjan Baharuddin.
Beliau bagaimanapun mengakui terasa 'kehilangan' mendiang Sarjan Baharuddin.
"Kami masih terbayang-bayang kelibat mendiang yang cukup teliti dan cekap dalam mengesan jejak penceroboh setiap kali melakukan tugasan rondaan," katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.
Sumber:
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurfrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
