Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Pkpp Covid 19 Kpn Selesai Terima Suntikan Vaksin Covid 19 Kali Kedua

Diterbitkan: 23 Mar 2021 7.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 23 Mac 2021 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech dalam Program Suntikan Vaksin COVID-19 yang diadakan di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-kpn-selesai-terima-suntikan-vaksin-covid-19-kali-kedua
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:21 MYT

Kuala Lumpur, 23 Mac 2021 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech dalam Program Suntikan Vaksin COVID-19 yang diadakan di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.

Turut menerima suntikan tadi ialah Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kassim, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Ramli Haji Din dan Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, ACP Puan Hajah Norashikin Abdul Razak.

Program anjuran Bahagian Kebajikan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Klinik Kesihatan Kuala Lumpur itu sebagai menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang secara rasmi bermula pada 24 Februari lalu selepas Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin menjadi individu pertama menerima vaksin COVID-19 di Malaysia.

Foto: SM Zaidin dan L/Kpl Nurfaeroz

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#PKPB #PKPP #COVID-19
 
May be an image of one or more people and text
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador memegang plakad sebagai simbolik penerimaan suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

May be an image of 1 person
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menunjukkan sijil digital pengesahan lengkap penerimaan dos kedua vaksin COVID-19.

May be an image of 3 people, people standing and indoor
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bersama Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Ramli Haji Din memegang plakad sebagai simbolik penerimaan suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

May be an image of 1 person and indoor
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

May be an image of indoor and text
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kassim turut menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'KESIHATA BERTAMBAH AKSINA 19 VACCINAT PKD Titiv COVID (CENTRE) DRM Saya sudah LE
 Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, ACP Puan Hajah Norashikin Abdul Razak memegang plakad sebagai simbolik penerimaan suntikan dos kedua vaksin COVID-19.
ArtikelDiterbitkan 23 Mar 2021 7.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM