
Pkpb Pkpp Covid 19 Kpn Selesai Terima Suntikan Vaksin Covid 19 Kali Kedua
Kuala Lumpur, 23 Mac 2021 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech dalam Program Suntikan Vaksin COVID-19 yang diadakan di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.
Turut menerima suntikan tadi ialah Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kassim, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Ramli Haji Din dan Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, ACP Puan Hajah Norashikin Abdul Razak.
Program anjuran Bahagian Kebajikan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Klinik Kesihatan Kuala Lumpur itu sebagai menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang secara rasmi bermula pada 24 Februari lalu selepas Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin menjadi individu pertama menerima vaksin COVID-19 di Malaysia.
Foto: SM Zaidin dan L/Kpl Nurfaeroz
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#PKPB #PKPP #COVID-19