Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Tahap Patuh Sop Meningkat

Published: 21 Mar 2021 3.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 21 Mac 2021 - Tahap pematuhan orang awam terhadap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin meningkat apabila hanya enam individu ditahan semalam, kerana ingkar SOP berkenaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-tahap-patuh-sop-meningkat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:19 MYT

Kuala Lumpur, 21 Mac 2021 - Tahap pematuhan orang awam terhadap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin meningkat apabila hanya enam individu ditahan semalam, kerana ingkar SOP berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata empat orang ditahan kerana tidak memakai pelitup, manakala dua lagi gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran diri serta pelanggan, dengan kesemuanya sudah dikompaun.

"Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 67,207 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKP.

"Sebanyak 3,598 pasukan pematuhan membabitkan 15,454 anggota membuat pemantauan terhadap 6,028 restoran; pasar raya (4,711); bank (3,068); penjaja (4,285); pasar awam serta tani (179); kilang (2,459) dan 947 pejabat kerajaan.

"Turut dipantau, tempat ibadah (253); tempat riadah (18,399); terminal pengangkutan darat (3,913); terminal pengangkutan air (1,889) dan terminal pengangkutan udara (974)," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 2 people and text
ArticlePublished 21 Mar 2021 3.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM