Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Larangan Rentas Negeri Kekal

Published: 28 Apr 2021 3.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 April 2021 - Kerajaan masih tidak membenarkan rentas negeri memandangkan status kes COVID-19 di seluruh negara ketika ini masih tidak stabil dan nilai R-naught yang meningkat melepasi angka 1.0 sejak 20 hari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-larangan-rentas-negeri-kekal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:06 MYT
Kuala Lumpur, 28 April 2021 - Kerajaan masih tidak membenarkan rentas negeri memandangkan status kes COVID-19 di seluruh negara ketika ini masih tidak stabil dan nilai R-naught yang meningkat melepasi angka 1.0 sejak 20 hari lalu.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan rentas daerah dibenarkan kecuali di Sabah dan Sarawak atas keputusan kerajaan negeri.

Beliau juga memberitahu pengekalan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) bagi negeri dinyatakan berkuat kuasa 29 April sehingga 17 Mei kecuali Sarawak yang bermula 27 April sehingga 17 Mei depan.

Beliau berkata, seperti prosedur operasi standard (SOP) lalu, pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep “green travel bubble” menggunakan syarikat dan ejen pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac).

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of outdoors and text that says 'Smart TAG meruA FRM PORM ERHEN RENTAS NEGERI LARANGAN KEKAL Oleh Hayati Ibrahim Hamid 5554 Pemantauan trend
 
 
ArticlePublished 28 Apr 2021 3.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM