Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Demi Tugas Anggota Pdrm Reda Belum Rezeki Dapat Berbuka Bersama Keluarga

Published: 18 Apr 2021 3.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Bharu, 18 April 2021 – Anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di sini reda belum berpeluang berbuka puasa bersama ahli keluarga sempena Ramadan walaupun melaluinya buat kali kedua berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-demi-tugas-anggota-pdrm-reda-belum-rezeki-dapat-berbuka-bersama-keluarga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:27 MYT

Kota Bharu, 18 April 2021 – Anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di sini reda belum berpeluang berbuka puasa bersama ahli keluarga sempena Ramadan walaupun melaluinya buat kali kedua berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi Sarjan Mejar Khalid Yusoff, beliau tidak berpeluang berbuka bersama keluarga, kecuali bersahur kerana perlu bertugas SJR.

“Nampaknya belum ada rezeki untuk saya berbuka dengan keluarga tercinta. Demi memastikan ancaman COVID-19 ini berakhir, saya reda dan akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin,” kata beliau.

Sarjan Mejar Khalid yang ditemui ketika bertugas di SJR Jalan Hamzah berkata, sepanjang PKP dia dan rakan sepasukan sudah lali berpanas dan berhujan, namun pada bulan Ramadan dugaan lebih hebat kerana mereka bertugas ketika sedang berpuasa.

“Ketika azan Maghrib, kami berbuka puasa secara bergilir-gilir kerana kawalan di SJR tidak boleh ditinggalkan sama sekali tanpa ada anggota bertugas di situ,” katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

Sumber: Utusan Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of one or more people, people standing and text
ArticlePublished 18 Apr 2021 3.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM