Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Boleh Rentas Negeri Bawa Ibu Bapa Vaksinasi

Published: 16 Apr 2021 9.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seremban, 16 April 2021 - Berkuat kuasa serta-merta, kerajaan memberi kebenaran rentas negeri kepada mereka yang ingin membawa ahli keluarga atau tanggungan bagi tujuan janji temu penerimaan vaksin COVID-19.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-boleh-rentas-negeri-bawa-ibu-bapa-vaksinasi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:02 MYT

Seremban, 16 April 2021 - Berkuat kuasa serta-merta, kerajaan memberi kebenaran rentas negeri kepada mereka yang ingin membawa ahli keluarga atau tanggungan bagi tujuan janji temu penerimaan vaksin COVID-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan itu dalam mesyuarat kelmarin.

"Semalam (kelmarin), MKN bersetuju kebenaran merentas negeri diberikan kepada mereka yang ingin membawa tanggungan ke janji temu bagi penerimaan vaksin.

"Sebagai contoh, ada anak di Kuala Lumpur ingin membawa ibu bapa atau ahli keluarga warga emas ke Negeri Sembilan bagi janji temu vaksin, maka ini dibenarkan.

"Kita bagi kelonggaran kepada waris atau ahli keluarga yang ingin pulang ke kampung untuk janji temu penerimaan vaksin itu dan mereka hanya perlu menunjukkan surat berkaitan kepada pihak berkuasa di sempadan negeri," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 Boleh rentas negeri bawa ibu bapa vaksinas
ArticlePublished 16 Apr 2021 9.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM