Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Pdrm Siap Sedia Laksana Sop Periksa Rumah Ke Rumah Seperti Tahun Lepas Sempena Aidilfitri

Published: 21 Apr 2021 1.11 PM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Ipoh, 21 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap sedia untuk menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah seperti tahun lepas sempena perayaan HariRaya Aidilfitri nanti bagi memastikan tiada aktiviti rentas negeri tanpa kebenaran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-pdrm-siap-sedia-laksana-sop-periksa-rumah-ke-rumah-seperti-tahun-lepas-sempena-aidilfitri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:09 MYT

Ipoh, 21 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap sedia untuk menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah seperti tahun lepas sempena perayaan HariRaya Aidilfitri nanti bagi memastikan tiada aktiviti rentas negeri tanpa kebenaran.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, strategi yang sama itu dijangkaakan digunakan dan ditambah baik memandangkan larangan rentas negeri masih berkuat kuasa sehingga kini.

"Kita akan buat pemeriksaan sama ada mereka mempunyai surat kebenaran untuk balik (kampung) dan sebagainya. Pemeriksaan akan dilakukan mengikut beberapa aspek seperti jumlah kereta yang banyak di sesuatu rumah itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Buku 69 Komando: Lahad Datu Mac 2013 yang mengisahkan pengorbanan anggota semasa peristiwa itu di Kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta hari ini.

Tahun lepas Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata polis memeriksa rumah ke rumah semasa perayaan Aidilfitri, dan sekiranya terdapat banyak kenderaan di laman rumah, pihak polis akan melakukan semakan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1954400

Sumber:
ArticlePublished 21 Apr 2021 1.11 PMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM