Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Pdrm Perketatkan Lagi Pergerakan Rentas Negeri Mulai Esok

Published: 11 Mar 2021 9.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 11 Mac 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketatkan lagi pemeriksaan terhadap sebarang pergerakan rentas negeri bermula esok bagi mengesan individu yang mengambil kesempatan melakukan pergerakan tanpa kebenaran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-pdrm-perketatkan-lagi-pergerakan-rentas-negeri-mulai-esok
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:18 MYT

Kuala Lumpur, 11 Mac 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketatkan lagi pemeriksaan terhadap sebarang pergerakan rentas negeri bermula esok bagi mengesan individu yang mengambil kesempatan melakukan pergerakan tanpa kebenaran.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, seramai 36,000 pegawai dan anggota yang ditugaskan dalam sekatan jalan raya (SJR) sudah diarahkan untuk mengenal pasti sebarang kesalahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan terutama mereka yang bergerak tanpa kebenaran.

"Mulai esok, saya sudah memberikan arahan tegas kepada semua pegawai dan anggota di lapangan terutama di setiap SJR rentas negeri untuk memberi tumpuan terhadap kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran.

"Pemeriksaan ini dibuat bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai kebenaran saja dibenarkan untuk melakukan pergerakan rentas negeri," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau berkata, walaupun jumlah kes harian COVID-19 dilaporkan menurun, namun rakyat tidak boleh mengambil ringan terhadap bahaya pandemik itu.

"Penurunan jumlah kes COVID-19 sebenarnya adalah bukti kerja keras dilakukan barisan hadapan dengan kerjasama orang ramai.

"Bagaimanapun, PDRM sedar perkembangan positif ini mungkin berubah menjadi negatif dalam sekelip mata jika orang ramai mengambil sikap sambil lewa," katanya.

Sumber: Berita Harian Online


ArticlePublished 11 Mar 2021 9.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM