Artikel
Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Kebenaran Rentas Negeri Diperketat
Kuala Lumpur, 16 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kebenaran untuk orang ramai merentas negeri susulan situasi COVID-19 di negara ini ya...
Kuala Lumpur, 16 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kebenaran untuk orang ramai merentas negeri susulan situasi COVID-19 di negara ini yang belum stabil dan semakin menunjukkan peningkatan.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, situasi berkenaan memerlukan Bukit Aman mengeluarkan arahan terbaharu yang berkuat kuasa semalam.
"Permohonan yang dipertimbangkan bergantung kepada alasan munasabah yang dikemukakan oleh pemohon dan akan diteliti dengan lebih ketat.
"Setakat ini, permohonan yang dipertimbangkan tertakluk kepada tiga situasi iaitu kecemasan membabitkan ahli keluarga terdekat namun perlu dokumen sokongan, kematian serta pasangan suami isteri yang berjauhan," katanya kepada Berita Harian, hari ini.
Katanya, arahan berkenaan sudah dikeluarkan kepada semua ketua-ketua polis negeri di seluruh negara.
Sumber: Berita Harian
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

