Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Bukan Polis Keluarkan Kompaun Rm10 000 Pengarah Jsj

Published: 15 Mar 2021 3.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 15 Mac 2021 - Pasangan kekasih yang memuat naik di media sosial kes mereka dikompaun RM10,000 yang sedang makan dan minum di Cheras, kelmarin, di media sosial sudah dipanggil bagi membantu siasatan di Bukit Aman semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-bukan-polis-keluarkan-kompaun-rm10-000-pengarah-jsj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:29 MYT

Kuala Lumpur, 15 Mac 2021 - Pasangan kekasih yang memuat naik di media sosial kes mereka dikompaun RM10,000 yang sedang makan dan minum di Cheras, kelmarin, di media sosial sudah dipanggil bagi membantu siasatan di Bukit Aman semalam.

Pasangan terbabit dipanggil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, petang semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed berkata, berdasarkan siasatan awal pasangan itu dikenakan kompaun oleh sepasukan pegawai penguat kuasa daripada sebuah agensi kerajaan.

"Pasangan berkenaan dikesan memuat naik kenyataan mereka dikompaun sedang makan dan minum selain kecewa dengan tindakan penguat kuasa yang dianggap mengeluarkan kompaun secara salah dan tidak masuk akal.

"Hasil siasatan yang dibuat mendapati bukan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengeluarkan kompaun berkenaan sebaliknya satu pasukan penguat kuasa daripada sebuah agensi kerajaan," katanya ketika dihubungi BH.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../bukan-polis-kompaun...


ArticlePublished 15 Mar 2021 3.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM