Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Posting Pilihan Op Mabuk Lagi Pemandu Mabuk Berjaya Ditahan

Published: 02 Jun 2020 8.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seremban, 2 Jun 2020 – Polis berjaya menahan seorang lagi individu kerana memandu dalam keadaan mabuk di Jalan Sungai Ujong, di sini, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-posting-pilihan-op-mabuk-lagi-pemandu-mabuk-berjaya-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:30 MYT

Seremban, 2 Jun 2020 – Polis berjaya menahan seorang lagi individu kerana memandu dalam keadaan mabuk di Jalan Sungai Ujong, di sini, malam tadi.

Pemandu itu ditahan oleh sepasukan pegawai serta anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban yang sedang menjalankan Op Mabuk di sekitar bandar Seremban, selepas Polis Diraja Malaysia mempertingkatkan operasi memburu pesalah jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Suspek yang ditahan telah dibawa ke Cawangan Trafik IPD Seremban untuk tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut di bawah undang-undang negara.

Jika disabitkan kesalahan, pemandu itu boleh didakwa di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Image may contain: one or more people and people standing
Image may contain: car and outdoor
ArticlePublished 02 Jun 2020 8.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM