Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Posting Pilihan Atm Pdrm Dan Apmm Terajui National Task Force

Diterbitkan: 12 May 2020 3.19 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seremban, 12 Mei 2020 – Ketua Delegasi Kepimpinan Tertinggi National Task Force (NTF) yang diketuai oleh Laksamana Madya Dato' Aris Adi Tan Abdullah merangkap Panglima Armada Barat, Tentera Laut Diraja Malaysia telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun, di sini petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-posting-pilihan-atm-pdrm-dan-apmm-terajui-national-task-force
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:25 MYT

Seremban, 12 Mei 2020 – Ketua Delegasi Kepimpinan Tertinggi National Task Force (NTF) yang diketuai oleh Laksamana Madya Dato' Aris Adi Tan Abdullah merangkap Panglima Armada Barat, Tentera Laut Diraja Malaysia telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun, di sini petang tadi.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan penubuhan NTF yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta lain-lain agensi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.

Selain itu, taklimat berkaitan Ops Benteng telah disampaikan oleh Asisten Ketua Staf J3, Laksamana Pertama, Tuan Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy di mana ia adalah operasi khas di bawah NTF sebagai salah satu usaha mencegah penularan wabak COVID-19 dalam memperkukuhkan kawalan keselamatan sempadan daripada kemasukan atau pencerobohan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) PDRM, DCP Datuk Mastor Mohd Ariff dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ibrahim Mohamed.

Sumber: MyJointForce

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: 6 people, people standing and indoor

Image may contain: people sitting, screen, table and indoor

Image may contain: 5 people, people sitting, screen, table, office and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting
ArtikelDiterbitkan 12 May 2020 3.19 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM