
Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Didenda Rm3 500 Gigit Lengan Polis
Kuala Lumpur, 12 Mei 2020 - Seorang pelayan restoran yang menggigit lengan seorang anggota polis yang mahu menahannya hujung bulan lalu didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali menjatuhkan hukuman itu terhadap Suresh Kumar, 33, selepas dia mengaku bersalah sengaja melakukan kekerasan dengan menggigit lengan kanan Ismail Abu Hassan pada 30 April lalu.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di PV21 Kondominium Jalan Genting Klang, Setapak di sini pada 10.20 malam menurut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh sementara lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dan turut mengakui tahu perbuatannya adalah salah serta melahirkan rasa kesal.
Bacaan lanjut di pautan https://www.bharian.com.my/…/didenda-rm3500-gigit-lengan-po…
Sumber: Berita Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN