Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Pga Pertingkat Kawalan Di Laluan Tikus Sempadan Malaysia Thailand

Published: 14 Jan 2021 10.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kota Bharu, 14 Januari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan di sempadan Malaysia - Thailand bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini, khususnya melalui laluan tikus dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-op-benteng-artikel-pilihan-pga-pertingkat-kawalan-di-laluan-tikus-sempadan-malaysia-thailand
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:36 MYT
ARTIKEL PILIHAN: PGA PERTINGKAT KAWALAN DI LALUAN TIKUS SEMPADAN MALAYSIA – THAILAND

Kota Bharu, 14 Januari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan di sempadan Malaysia - Thailand bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini, khususnya melalui laluan tikus dalam usaha menangani penularan pandemik COVID-19.

Pegawai Pemerintah Batalion Ke-7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, usaha ini selaras dengan Pengisytiharan Proklamasi Darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bermula 12 Jan hingga Ogos 2021.

"Sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa, masalah kemasukan PATI akan ditangani dengan lebih serius agar penularan COVID-19 dapat dikawal.

"Lokasi tumpuan adalah di laluan tikus yang dikenal pasti menjadi kawasan kemasukan pendatang tanpa izin. Kita juga sentiasa mengumpul maklumat bagi mengekang perkara itu," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata operasi kawalan di sempadan akan dilakukan secara kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Sumber:
BERNAMA
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Pga Pertingkat Kawalan Di Laluan Tikus Sempadan Malaysia Thailand
ArticlePublished 14 Jan 2021 10.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM