Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Sudah Tahan 800 Pemandu Mabuk

Published: 03 Jun 2020 3.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 3 Jun 2020 - Lebih 800 pemandu mabuk sudah ditahan di seluruh negara bagi tempoh lima bulan pertama sejak Januari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-polis-sudah-tahan-800-pemandu-mabuk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:24 MYT

Kuala Lumpur, 3 Jun 2020 - Lebih 800 pemandu mabuk sudah ditahan di seluruh negara bagi tempoh lima bulan pertama sejak Januari lalu.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, sebanyak 10 kes telah dituduh di mahkamah sementara yang lain akan menyusul selepas kertas siasatan dilengkapkan.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju dengan usaha kerajaan memperbaiki undang-undang sedia ada bagi memastikan hukuman lebih berat mandatori dikenakan ke atas pesalah.

"Polis bersetuju jika undang-undang hukuman lebih berat bagi mengelakkan lebih banyak kes membabitkan alkohol," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Tan Sri Abdul Hamid sebelum ini juga telah menyatakan ketegasannya menuntut hukuman maksimum terhadap pemandu mabuk apabila seorang anggota polis maut ketika bertugas di sekatan jalan raya sempena Operasi Covid-19 di di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS, Kajang pada 3 Mei lalu.

Dalam insiden berkenaan, Allahyarham Sarjan Safwan Muhammad Ismail, 31, meninggal dunia akibat dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian kira-kira jam 2.10 pagi.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
ArticlePublished 03 Jun 2020 3.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM