Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkpb Di Selangor Kl Dan Sabah Dilanjutkan Hingga 14 Januari

Diterbitkan: 29 Dec 2020 7.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah serta beberapa kawasan di negeri-negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Januari depan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkpb-di-selangor-kl-dan-sabah-dilanjutkan-hingga-14-januari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:31 MYT

Petaling Jaya, 29 Disember 2020 - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah serta beberapa kawasan di negeri-negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Januari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan ini termasuk Seremban, Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13, Timur Laut di Pulau Pinang serta Johor Bahru dan Batu Pahat, Johor.

"Di Selangor, bagi tempoh 14 hari, sebanyak 8,194 kes positif baharu dicatatkan dan kesemua sembilan daerah di negeri ini telah menjadi zon merah.

"Sehubungan itu kerajaan bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPB di seluruh Selangor termasuk Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor sehingga 14 Januari 2021.

"Keputusan dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan trend dan peningkatan kes positif COVID-19 di kesemua kawasan selain kewujudan kluster baharu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti berikut.

Sumber: Kosmo

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkpb Di Selangor Kl Dan Sabah Dilanjutkan Hingga 14 Januari

ArtikelDiterbitkan 29 Dec 2020 7.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM