Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pegawai Polis Bakal Graduan Pertama Phd Dalam Sastera

Published: 02 Jun 2020 3.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, petugas barisan hadapan dilihat sebagai wira sejati negara
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pegawai-polis-bakal-graduan-pertama-phd-dalam-sastera
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:16 MYT

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, petugas barisan hadapan dilihat sebagai wira sejati negara.

Tidak kira kakitangan kesihatan, anggota keselamatan dan kakitangan awam, mereka sanggup mengambil risiko bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa dilindungi daripada pandemik yang merbahaya ini.

ASP Mohd Roslan Mohd Tahir, 52 tahun, yang bertugas sebagai Ketua Balai Polis Nusa Bestari, Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, adalah antara 11,000 pegawai polis yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan rakyat negeri Johor, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Beliau yang juga pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) (Sastera) di Open University Malaysia (OUM), berkata sebelum ini, menjalankan tugas pentadbiran di dalam balai seperti menguruskan hal ehwal kakitangan, mengawal jenayah, di samping menjaga hubungan baik dengan masyarakat.

“Bagaimanapun, COVID-19 mengubah rutin kerja saya. Di samping tugasan harian, saya juga bekerjasama dengan pegawai lain untuk melakukan sekatan jalan raya dan memantau hotel yang dijadikan sebagai pusat kuarantin untuk wabak ini,” katanya.

Walau sesukar manapun tugas dipikul, Mohd Roslan tidak pernah mengeluh, malah sanggup berkorban bagi memikul semua amanah dan tanggungjawab diberikan.

Sejak mendaftar di OUM pada 2016, Mohd Roslan sudah terbiasa melakukan beberapa kerja dalam satu masa kerana pengalaman bekerja sambil belajar yang dipratikkan di OUM.

Penat lelah berulang-alik dari Johor ke Kuala Lumpur bagi menghadiri seminar dan bertemu dengan penasihat akademiknya, kini bapa kepada empat cahaya mata ini boleh tersenyum lebar kerana hamper menamatkan pengajian selepas tesisnya selesai.

“Saya bangga kerana saya adalah pelajar pertama dalam program ini yang lulus ‘viva voce’ yang dijalankan pada awal Februari lalu,” katanya.

ASP Mohd Roslan berkata, cadangan penyelidikannya diharap dapat membantu menyumbang sesuatu yangbermakna kepada kerjaya dan Jabatan polis amnya.

“OUM menjadi universiti pilihan saya kerana sistem pembelajarannya fleksibel dan mesra pelajar, manakala yuran berpatutan,” katanya.

Syabas dan tahniah ASP Roslan atas semangat juang dan dedikasi yang ditonjolkan ketika bertugas dalam Pasukan. Kejayaan Tuan bakal menjadi sumber inspirasi buat seluruh warga Pasukan. Kami di Facebook Rasmi PDRM turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya buat ASP Roslan dalam menamatkan pembelajaran beliau di peringkat Doktor Falsafah kelak.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
ArticlePublished 02 Jun 2020 3.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM