Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Pertingkat Op Mabuk Di Setiap Negeri

Published: 02 Jun 2020 2.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Jun 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mempertingkatkan operasi Op Mabuk di setiap negeri bagi menangani kesalahan membabitkan pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pdrm-pertingkat-op-mabuk-di-setiap-negeri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:31 MYT

Kuala Lumpur, 2 Jun 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mempertingkatkan operasi Op Mabuk di setiap negeri bagi menangani kesalahan membabitkan pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias berkata, tindakan penguatkuasaan itu telah dipertingkatkan sejak kes kemalangan sehingga membabitkan kematian Sarjan Safwan Muhammad Ismail, 31 tahun, pada bulan lalu.

"Kita telah mengambil tindakan tegas ke atas pemandu yang dikesan terbabit dengan kesalahan sedemikian.

"Diingatkan, usah memandu ketika mengambil alkohol," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Pada 3 Mei lalu, Sarjan Safwan yang melakukan tugasan sekatan jalan raya Op Covid-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Lekas, Kajang, meninggal dunia selepas dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian kira-kira jam 2.11 pagi.

Selain itu, pada 22 Mei, polis menahan seorang pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dikesan memnadu secraa melulu dipercayai di bawah pengaruh alkohol di kawasan tapak peniaga di Bukit Sentosa dekat Hulu Selangor.

Kemudian, pada 26 Mei lalu, seorang lelaki maut selepas keretanya dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu melawan arus dipercayai akibat pengaruh alkohol, di Jalan Pintasan Kuantan, Pahang.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
ArticlePublished 02 Jun 2020 2.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM