Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 37 Pemandu Diarah Patah Balik Cuba Rentas Negeri

Published: 06 Jun 2020 3.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sebanyak 37 pemandu kenderaan diarah berpatah balik selepas dikesan cuba merentas negeri tanpa kebenaran polis, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-37-pemandu-diarah-patah-balik-cuba-rentas-negeri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:26 MYT

Kuala Lumpur, 6 Jun 2020 - Sebanyak 37 pemandu kenderaan diarah berpatah balik selepas dikesan cuba merentas negeri tanpa kebenaran polis, kelmarin.

Negeri yang paling ramai mencatatkan cubaan rentas negeri tanpa kebenaran ialah Melaka, dengan 16 kes, diikuti Negeri Sembilan (sembilan) dan Pahang (lapan).

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata polis turut menahan seramai 67 individu yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan 66 direman manakala seorang individu lagi dijamin polis.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengeluarkan kompaun kepada 144 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB.

Tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, semalam.

Selain itu Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, dua tapak pembinaan diarah tutup dan tujuh lagi diberi amaran kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif tapak pembinaan yang diarah tutup sebanyak 12 dan 295 diberi amaran, manakala 1,312 tapak binaan lagi didapati mematuhi SOP yang ditetapkan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
ArticlePublished 06 Jun 2020 3.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM