
Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 37 Pemandu Diarah Patah Balik Cuba Rentas Negeri
Kuala Lumpur, 6 Jun 2020 - Sebanyak 37 pemandu kenderaan diarah berpatah balik selepas dikesan cuba merentas negeri tanpa kebenaran polis, kelmarin.
Negeri yang paling ramai mencatatkan cubaan rentas negeri tanpa kebenaran ialah Melaka, dengan 16 kes, diikuti Negeri Sembilan (sembilan) dan Pahang (lapan).
Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata polis turut menahan seramai 67 individu yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan 66 direman manakala seorang individu lagi dijamin polis.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengeluarkan kompaun kepada 144 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB.
Tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, semalam.
Selain itu Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, dua tapak pembinaan diarah tutup dan tujuh lagi diberi amaran kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB.
Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif tapak pembinaan yang diarah tutup sebanyak 12 dan 295 diberi amaran, manakala 1,312 tapak binaan lagi didapati mematuhi SOP yang ditetapkan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN