Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Polis Ketatkan Penguatkuasaan Pematuhan Sop Pkpb Di Beluran

Published: 23 Nov 2020 1.26 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Polis akan mengetatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Beluran susulan peningkatan kes COVID-19 di daerah ini, yang kini menjadi zon jingga.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-polis-ketatkan-penguatkuasaan-pematuhan-sop-pkpb-di-beluran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:19 MYT

Beluran, 23 November 2020 – Polis akan mengetatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Beluran susulan peningkatan kes COVID-19 di daerah ini, yang kini menjadi zon jingga.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata pihaknya telah menubuhkan pasukan pemantau bersama Pejabat Kesihatan Daerah bagi tiga zon dalam daerah itu iaitu di Beluran, Telupid dan Paitan bagi memastikan pematuhan masyarakat terhadap SOP tersebut pada tahap yang tinggi.

“Penugasan ini dijalankan setiap hari untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat bagi mengekang penularan COVID-19 dengan kawasan tumpuan operasi ialah Nangoh, Pekan Botition, Kampung Batangon Laut dan Paitan.

“Bagaimanapun, kawasan lain juga tidak terlepas daripada pemantauan dan mereka yang ingkar mematuhi SOP yang ditetapkan akan ditahan atau dikenakan kompaun tanpa kompromi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kasim berkata sepanjang PKPB dikuatkuasakan di seluruh Sabah sejak 13 Okt lepas, sebanyak 49 kompaun dikeluarkan di Beluran atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi SOP ditetapkan.

Beluran bertukar daripada zon kuning kepada jingga sejak Sabtu lalu dengan 26 kes aktif direkodkan sehingga semalam.

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 23 Nov 2020 1.26 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM