Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Op Mabuk Tujuh Pemandu Mabuk Ditahan

Published: 08 Jun 2020 8.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 8 Jun 2020 – Seramai tujuh individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah yang dijalankan di beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya, awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-op-mabuk-tujuh-pemandu-mabuk-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:40 MYT

Petaling Jaya, 8 Jun 2020 – Seramai tujuh individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah yang dijalankan di beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semua individu berusia 28 hingga 51 tahun itu gagal ujian saringan pernafasan dilakukan polis ketika pemeriksaan dijalankan.

"Operasi bermula pada 11 malam dan berakhir jam 3 pagi. Seramai 375 pengguna jalan raya membabitkan 360 kenderaan diperiksa.

"Polis juga turut mengeluarkan 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik dilakukan pengguna jalan raya,"katanya ketika dihubungi hari ini.

ACP Tuan Nik Ezanee berkata, sejak Op Alkohol dijalankan bermula pada 27 Mei lalu, seramai 23 individu sudah ditahan kerana melakukan kesalahan berkenaan.

"Berdasarkan statistik dalam tempoh satu minggu operasi dijalankan didapati berlaku penurunun berhubung kesalahan berkenaan.

"Semua individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
LETS BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, night and outdoor

ArticlePublished 08 Jun 2020 8.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM