Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Op Mabuk Lima Pemandu Mabuk Ditahan

Published: 07 Jun 2020 3.13 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Butterworth, 7 Jun 2020 - Teguk minuman keras melebihi had yang ditetapkan kemudian memandu pula kenderaan seperti biasa tanpa ada perasaan bersalah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-op-mabuk-lima-pemandu-mabuk-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:43 MYT

Butterworth, 7 Jun 2020 - Teguk minuman keras melebihi had yang ditetapkan kemudian memandu pula kenderaan seperti biasa tanpa ada perasaan bersalah.

Itu gelagat lima lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun apabila mereka ditahan polis dalam sekatan jalan raya yang diadakan di Kilometer 10.8 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), Butterworth, dari jam 10 malam hingga 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Tuan Noorzainy Mohd Noor berkata, polis mengadakan tiga sekatan jalan bagi menjalankan Op Mabuk dan Pencegahan Jenayah di daerah itu.

"Sepanjang operasi itu diadakan, polis mengesan lima lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan dan ia mendatangkan bahaya kepada pemandu kenderaan lain.

"Oleh itu, kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara untuk tindakan lanjut," katanya selepas menyertai operasi itu.

Kelima-lima lelaki itu didapati baharu pulang dari menikmati minuman keras di restoran serta rumah rakan yang berdekatan dan mereka ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Op Mabuk Lima Pemandu Mabuk Ditahan
ArticlePublished 07 Jun 2020 3.13 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM