
Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Op Benteng Gempur Pati Habis Habisan Kpn
Kuala Lumpur, 8 Jun 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Ops Benteng menggempur habis-habisan semua lorong tikus yang menjadi laluan keluar masuk pendatang asing secara haram di seluruh negara.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, setakat ini, ratusan individu dipercayai tekong darat yang terlibat dalam kegiatan terbabit telah diberkas.
"Kesemua suspek ini ditahan dalam operasi di semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Operasi kini masih dijalankan dengan serbuan di semua lorong tikus dan laluan-laluan pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Tan Sri Abdul Hamid berkata, proses pendakwaan ke atas kesemua tangkapan sedang dijalankan mengikut Akta Antipemergadangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan undang-undang lain yang berkaitan.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.sinarharian.com.my/…/Ops-Benteng-gempur-PATI-ha…
Sumber: Sinar Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
LETS BREAK THE COVID-19 CHAIN