Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Langgar Pkpb Karaoke Sambil Layan Dadah

Published: 08 Jun 2020 3.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Setar, 8 Jun 2020 - 14 individu ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berhibur di sebuah pusat karaoke di Jalan Putra, Alor Setar, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-langgar-pkpb-karaoke-sambil-layan-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:11 MYT

Alor Setar, 8 Jun 2020 - 14 individu ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berhibur di sebuah pusat karaoke di Jalan Putra, Alor Setar, malam tadi.

Turut ditahan seorang lelaki dipercayai penjaga premis berusia 40-an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Tuan Sapii Ahmad berkata, semua mereka ditahan sepasukan anggota Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang memulakan risikan sejak 6.30 petang semalam.

Katanya, premis itu kelihatan tutup dari luar, namun meriah di dalam dan dipercayai hanya menerima pelanggan dikenali bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Ketika serbuan, 14 pelanggan sedang berhibur yang berusia antara 20 hingga 30-an. Pemeriksaan ke atas mereka mendapati dua orang iaitu lelaki dan perempuan pernah ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini," katanya, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.hmetro.com.my/…/langgar-pkpb-karaoke-sambil-lay…

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
LETS BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 08 Jun 2020 3.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM