Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Jangan Ambil Kesempatan Dalam Kebebasan Rentas Negeri

Diterbitkan: 08 Jun 2020 12.25 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 8 Jun 2020 - Jangan mengambil kesempatan atas kebebasan yang diberikan susulan kebenaran rentas negeri bermula 10 Jun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-jangan-ambil-kesempatan-dalam-kebebasan-rentas-negeri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:32 MYT

Putrajaya, 8 Jun 2020 - Jangan mengambil kesempatan atas kebebasan yang diberikan susulan kebenaran rentas negeri bermula 10 Jun ini.

Ingatan itu dinyatakan Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mahu orang ramai terus mengamalkan kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa berada di kampung halaman.

"Saya percaya ramai akan balik kampung dan saya harap walau ada kebenaran rentas negeri, tetapi kawalan kendiri mesti dikekalkan. Dulu kita keluarkan SOP bahawa sambutan raya tidak boleh lebih 20 orang untuk satu rumah. Kita perkenalkan SOP itu untuk keselamatan diri dan keluarga. Kita juga beri ingatan kepada mereka lebih 60 tahun dan anak kurang dari 12 tahun yang berisiko tinggi.

Kita juga perlu hati-hati sebab kemungkinan ketibaan kita bersama mereka akan sebabkan berlaku jangkitan COVID-19. Jadi walaupun kita kata bebas, jangan ambil kesempatan kebebasan itu hingga sebabkan jangkitan pada orang lain. Kawalan kendiri, disiplin, penjagaan kebersihan diri dan penjarakan sosial perlu diteruskan walau ada kebebasan ini," katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.

Malah, beliau yakin aktiviti pelancongan akan kembali rancak dan orang ramai akan mula membawa keluarga keluar bercuti dalam negara.

"Selepas ini saya percaya aktiviti pelancongan juga akan bermula dalam negara. Kita jangka akan menjadi semakin rancak dan saya tengok dalam media tak sampai satu jam, 1,000 tempahan telah dibuat di hotel," ujar beliau.

Sumber: Astro Awani

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
LETS BREAK THE COVID-19 CHAIN

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-ambil-kesempatan-dalam-kebebasan-rentas-negeri-246201

ArtikelDiterbitkan 08 Jun 2020 12.25 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM