Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Darurat Penugasan Pdrm Di Parlimen Batu Sapi Masih Berdasarkan Sop Pkpb Kpn

Published: 18 Nov 2020 3.20 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 18 November 2020 - Penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Parlimen Batu Sapi, Sabah masih mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan di seluruh Sabah pada 13 Oktober lepas meskipun darurat sudah diisytiharkan di kawasan itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-darurat-penugasan-pdrm-di-parlimen-batu-sapi-masih-berdasarkan-sop-pkpb-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:39 MYT

Kuala Lumpur, 18 November 2020 - Penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Parlimen Batu Sapi, Sabah masih mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan di seluruh Sabah pada 13 Oktober lepas meskipun darurat sudah diisytiharkan di kawasan itu.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata polis bagaimanapun bersedia jika Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan perintah lebih ketat seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mana-mana lokasi di kawasan Parlimen berkenaan.

“Berdasarkan arahan MKN, polis akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk menambah anggota dan memperketatkan kawalan. Setakat ini, penugasan polis di kawasan berkenaan adalah seperti biasa.

“Saya akur dengan keputusan pengisytiharan ini yang bermakna Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Batu Sapi tidak akan dilaksanakan kerana saya memang berpendapat pelaksanaannya perlu dielakkan berikutan jumlah kes COVID-19 yang tinggi di Sabah ketika ini,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1902768

Sumber: Abdul Hamid Bador dan BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 18 Nov 2020 3.20 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM