Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Berani Buat Berani Tanggung Hukuman Kpn

Published: 19 Jun 2020 1.14 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 19 Jun 2020 - "Siapa yang berani buat, dia tanggung. Tidak ada kompromi dalam hal ini," kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador mengulas mengenai penahanan 18 penguatkuasa disyaki terbabit penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-berani-buat-berani-tanggung-hukuman-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:34 MYT

Ipoh, 19 Jun 2020 - "Siapa yang berani buat, dia tanggung. Tidak ada kompromi dalam hal ini," kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador mengulas mengenai penahanan 18 penguatkuasa disyaki terbabit penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit dalam jenayah pemerdagangan manusia, apatah lagi fokus pihaknya kini adalah mengekang kemasukan PATI.

"Sama ada daripada anggota dan pegawai PDRM sendiri, kita akan mengambil tindakan untuk menangkap mereka.

"Kita akan menjalankan siasatan untuk mendapatkan pengenalan identiti lain ahli sindiket. Ia tidak akan berhenti di situ dan ramai lagi yang akan ditangkap," katanya selepas Majlis Penyampaian Pangkat Posthumous dan Penyampaian Sumbangan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja PDRM dan Faedah Terbitan bagi Allahyarham Koperal Safwan Mohamad Ismail di Mes Pegawai Kanan Briged Utara, Ulu Kinta, Ipoh, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan https://www.hmetro.com.my/…/berani-buat-berani-tanggung-huk…

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 19 Jun 2020 1.14 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM