Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Anggota Polis Maut Kemalangan Dilanggar Mpv

Published: 02 Dec 2020 10.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Pilah, 2 Disember 2020 - Anggota polis maut ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Melang-Kuala Pilah, berhampiran persimpangan lampu isyarat HTAN, dekat sini, malam semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-anggota-polis-maut-kemalangan-dilanggar-mpv
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:16 MYT

Kuala Pilah, 2 Disember 2020 - Anggota polis maut ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Melang-Kuala Pilah, berhampiran persimpangan lampu isyarat HTAN, dekat sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa, Lans Koperal Muhammad Hamidi Fikri Mohd Safry, 23, dari Balai Polis Melang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah sedang menjalankan tugas Task Force Op COVID-19 ketika kejadian itu berlaku.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani, Allahyarham terbabit dalam kemalangan dua buah kenderaan iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dan motosikal jenis Yamaha 125z yang ditunggangi mangsa.

“Siasatan awal mendapati pemandu MPV dari Terachi menghala ke HTAN. Apabila sampai di tempat kejadian, semasa berada di lampu isyarat HTAN, pemandu telah memberikan laluan kepada sebuah ambulans di belakangnya dengan terus membelok ke kanan menghala ke persimpangan masuk HTAN.

“Mangsa yang sedang bergerak terus di laluan bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar MPV berkenaan. Akibat daripada perlanggaran berkenaan, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman di bahagian perut serta dada dan telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan HTAN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut https://www.utusan.com.my/…/anggota-polis-maut-kemalangan-…/

Sumber: Utusan Malaysia dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Anggota Polis Maut Kemalangan Dilanggar Mpv
ArticlePublished 02 Dec 2020 10.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM