Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Syabu Rm3 6 Juta Dalam Longgokan Sampah

Diterbitkan: 26 Feb 2021 5.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 26 Februari 2021 - Polis merampas 101 kilogram (kg) Syabu bernilai RM3.6 juta selepas menyerbu sebuah rumah kosong di Lubok Gong, Rantau Panjang, malam kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-rampas-syabu-rm3-6-juta-dalam-longgokan-sampah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:31 MYT
Kota Bharu, 26 Februari 2021 - Polis merampas 101 kilogram (kg) Syabu bernilai RM3.6 juta selepas menyerbu sebuah rumah kosong di Lubok Gong, Rantau Panjang, malam kelmarin.

Rampasan jam 10.30 malam itu hanya kira-kira 100 meter dari lokasi rampasan Syabu bernilai RM4.28 juta, pada Isnin lalu.

Modus operandi sindiket berkenaan juga hampir sama dengan meninggalkan bekalan terbabit, manakala bekalan Syabu malam kelmarin ditinggalkan dalam longgokan sampah di belakang rumah.

Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Shafien Mamat berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas mendapat maklumat.

"Sebaik pasukan mendekati kediaman ini, kita mendapati rumah berkenaan tidak berpenghuni sebelum menemui 24 bungkusan plastik mengandungi Syabu. "Hasil pemeriksaan mendapati 101kg dadah dengan anggaran nilai RM3.6 juta.

"Berdasarkan kaedah pembungkusan dan modus operandi yang digunakan, kita percaya kegiatan ini didalangi sindiket yang sama dengan penemuan Syabu pada Isnin lalu, termasuk jarak lokasi hanya 100 meter,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

ArtikelDiterbitkan 26 Feb 2021 5.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM