Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Khidmat Kurier Antara Taktik Edar Dadah Pengarah Jsjn

Published: 19 Feb 2021 2.28 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 19 Februari 2021 - Polis mengesan lima modus operandi sindiket pengedaran dadah, termasuk menggunakan perkhidmatan kurier dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-khidmat-kurier-antara-taktik-edar-dadah-pengarah-jsjn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:54 MYT
Kuala Lumpur, 19 Februari 2021 - Polis mengesan lima modus operandi sindiket pengedaran dadah, termasuk menggunakan perkhidmatan kurier dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Dato’ Razarudin Husain. berkata pihaknya merekodkan lima kes dan tangkapan membabitkan sindiket dadah menggunakan kurier tahun ini, manakala 103 tangkapan serta 84 kes sama direkodkan tahun lalu.

Katanya, kegiatan penyeludupan dadah menggunakan perkhidmatan kurier menunjukkan peningkatan ketara.

“Ada sindiket menjalankan kegiatan mengedar dadah menggunakan kurier dengan menyembunyikan bahan terlarang itu dalam barang penting dan keperluan asas.

"Ini membolehkan kegiatan pengedaran terus aktif dan mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.


May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 19 Feb 2021 2.28 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM