Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Waragainstdrugs Artikel Pilihan Taktik Pengedaran Dadah Beralih Kepada Kenderaan Besar

Diterbitkan: 11 Feb 2021 12.17 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tanjung Malim, 11 Februari 2021 - Sindiket pengedaran dadah dikesan beralih taktik dengan menggunakan kenderaan lebih besar yang boleh diubah suai untuk membawa bahan terlarang itu ke kawasan lain sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bulan lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-waragainstdrugs-artikel-pilihan-taktik-pengedaran-dadah-beralih-kepada-kenderaan-besar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:24 MYT
 
Tanjung Malim, 11 Februari 2021 - Sindiket pengedaran dadah dikesan beralih taktik dengan menggunakan kenderaan lebih besar yang boleh diubah suai untuk membawa bahan terlarang itu ke kawasan lain sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bulan lepas.

Timbalan Pengarah 1, (Risikan dan Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, DCP Tuan Zainuddin Ahmad berkata semasa PKP fasa pertama Mac tahun lepas, kebanyakan pengedar menggunakan motosikal kerana lebih mudah bergerak.

"Sekarang, mereka beralih ke kereta atau kenderaan besar seperti lori yang diubah suai dengan mempunyai tempat simpanan khas. Belum ada statistik sama ada berlaku peningkatan atau penurunan kes berkaitan dadah sepanjang PKP sejak Januari.

"Operasi, tangkapan serta rampasan sentiasa dilakukan termasuklah hasil risikan, sekatan jalan raya serta serbuan di parti persendirian. Terdapat juga beberapa sekatan jalan raya (SJR) kita letakkan Unit Anjing Pengesan (K9)," katanya kepada pemberita selepas melawat program Jeneral Turun Padang dengan melawat SJR di Stesen Bas Tanjung Malim di sini, hari ini.

Mengulas mengenai SJR di daerah Muallim yang bersempadan dengan Hulu Selangor, DCP Tuan Zainuddin berkata pematuhan masyarakat berada pada tahap yang baik lebih-lebih lagi menjelang sambutan Tahun Baru Cina, esok.

"Saya yakin masyarakat Cina memahami peraturan tidak dibenarkan merentas negeri tanpa kebenaran dan dapat dilihat tiada peningkatan kenderaan menjelang sambutan esok," katanya.

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 11 Feb 2021 12.17 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM