Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Video Pilihan Vaksin Sinovac Selamat Tiba Di Kilang Pharmaniaga

Diterbitkan: 27 Feb 2021 6.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Puchong, 27 Februari 2021 – ‘Envirotainer’ yang mengandungi 200 liter vaksin Sinovac dalam bentuk cecair tiba di kilang farmaseutikal Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di Taman Perindustrian Puchong Utama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10.22 pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-video-pilihan-vaksin-sinovac-selamat-tiba-di-kilang-pharmaniaga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:25 MYT
Puchong, 27 Februari 2021 – ‘Envirotainer’ yang mengandungi 200 liter vaksin Sinovac dalam bentuk cecair tiba di kilang farmaseutikal Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di Taman Perindustrian Puchong Utama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10.22 pagi tadi.

Tinjauan mendapati, dua lori yang membawa vaksin berkenaan diiringi enam kereta peronda, sebuah van dan empat motosikal berkuasa tinggi milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejurus bergerak kira-kira 9.30 pagi dari KLIA.

Konvoi pembawa vaksin ke Taman Perindustrian Puchong Utama itu bergerak dengan kelajuan kira-kira 90 kilometer sejam dan mengambil masa kira-kira 52 minit dengan laluan ke taman perindustrian itu dikawal ketat pasukan polis.

Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan vaksin berkenaan telah tiba di Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di kilang syarikat farmaseutikal itu pada 10.22 pagi untuk tujuan penyimpanan, pengilangan dan pembotolan.

"Pihak polis akan terus menjaga dan memantau keselamatan vaksin COVID-19 Sinovac ini selagi ia berada di PSV kilang Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd," katanya.
Pagi tadi, Malaysia menerima vaksin Sinovac yang diterbangkan dari Beijing, China menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH319.

Pesawat Airbus 330-300 dengan hiasan Jalur Gemilang yang membawa envirotainer mengandungi 200 liter vaksin Sinovac dalam bentuk cecair itu, mendarat di KLIA kira-kira 9 pagi tadi.

Sumber:
ArtikelDiterbitkan 27 Feb 2021 6.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM