Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Video Pilihan Polis Nafi Video Tular Lelaki Pakai Gelang Pink Berkeliaran

Published: 16 Jan 2021 1.49 PM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Tuan Osman Mamat berkata, berikutan penularan video tersebut, ia telah mendatangkan kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai sedangkan perkara itu adalah tidak benar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-video-pilihan-polis-nafi-video-tular-lelaki-pakai-gelang-pink-berkeliaran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:52 MYT
Taiping, 16 Januari 2021 – Polis menafikan dakwaan satu video tular yang menyatakan seorang lelaki warga asing yang memakai gelang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berwarna pink berkeliaran di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Tuan Osman Mamat berkata, berikutan penularan video tersebut, ia telah mendatangkan kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan orang ramai sedangkan perkara itu adalah tidak benar.

“Lelaki yang digambarkan sebagai warga asing di dalam video yang tular itu sebenarnya adalah warga tempatan berusia 53 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan dari peronda lebuh raya pada pukul 10.50 pagi yang menyatakan seorang lelaki kurang siuman berkeliaran di tempat awam di R&R Bukit Gantang.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.kosmo.com.my/.../polis-nafi-video-tular.../

Sumber: Kosmo Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
ArticlePublished 16 Jan 2021 1.49 PMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM