Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm

Published: 01 Feb 2021 9.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 61,421 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:15 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia
(PDRM) telah membuat 61,421 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 2,841 Pasukan Pematuhan melibatkan 12,690 anggota telah membuat pemantauan di 5,203 buah restoran, pasar raya (3,565), bank (3,347), pejabat kerajaan (3,015), penjaja (1,897) dan kilang (1,437). Turut dipantau ialah 950 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (341) dan terminal pengangkutan udara (81).

Semalam, seramai 826 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 776 dikompaun manakala 50 individu direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (170), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (158), tidak memakai pelitup muka (128), keluar rumah tanpa alasan munasabah (69), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (248).

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (1 Februari 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
ArticlePublished 01 Feb 2021 9.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM