Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm D8b9a33b28cb

Published: 15 Feb 2021 10.08 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 78,369 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-d8b9a33b28cb
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:54 MYT

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia
(PDRM) telah membuat 78,369 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 2,978 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,648 anggota telah membuat pemantauan di 6,048 buah restoran, pasar raya (4,217), bank (3,858), penjaja (2,625), kilang (1,715) dan pejabat kerajaan (681).

Turut dipantau ialah 1,164 terminal pengangkutan darat, terminal
pengangkutan air (267) dan terminal pengangkutan udara (91).
Semalam, seramai 1,111 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 1,040 dikompaun manakala 71 lagi individu direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
 Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (306)
 Tiada penjarakan fizikal (300)
 Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (107)
 Tidak memakai pelitup muka (97)
 Keluar rumah tanpa alasan munasabah (68)
 Membawa penumpang berlebihan (58)
 Aktiviti pusat hiburan (55)
 Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (11)
 Lain-lain (109).

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (15 Februari 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus PN

ArticlePublished 15 Feb 2021 10.08 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM