Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210510

Published: 10 May 2021 12.15 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 70,700 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210510
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:46 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 70,700 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,992 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,232 anggota telah membuat pemantauan di 4,930 pasaraya, restoran (4,849), kilang (2,115), bank (4,043), pejabat kerajaan (903) dan penjaja (3,689).

Turut dipantau ialah pasar awam / tani (2,303), tempat ibadah (3,297), tempat riadah (1,714), terminal pengangkutan darat (1,808), terminal pengangkutan air (391) dan terminal pengangkutan udara (121).

Semalam, 460 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 456 individu dikompaun manakala empat (4) lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (106)
- Tidak memakai pelitup muka (80)
- Tiada penjarakan fizikal (79)
- Aktiviti pusat hiburan (50)
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran (3)
- Lain-lain (142)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (10 Mei 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Se
 
 
ArticlePublished 10 May 2021 12.15 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM